Events
CSR CERIAKAN MASYARAKAT ORANG ASLI KAMPUNG SUNGAI BUMBUN, PULAU CAREY
KUALA SELANGOR, 19 Julai - Selaras dengan konsep 1Malaysia serta sebagai langkah mendekatkan LLM dan syarikat konsesi kepada masyarakat setempat, satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bersama masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Bumbun telah dianjurkan.
Program CSR dengan kerjasama syarikat konsesi SKVE Holdings Sdn. Bhd. dan Muhibbah Engineering Sdn. Bhd. bertujuan memberi sumbangan kepada sekolah- sekolah, tadika, warga miskin dan anak–anak yatim masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Bumbun. Sumbangan berbentuk wang tunai, peralatan sukan, alat bantuan mengajar serta barangan keperluan dapur telah disampaikan oleh Y. Bhg. Dato’ Ir. Hj. Ismail b. Md. Salleh, Ketua Pengarah LLM. Selain itu, golongan mualaf dan asnaf di sekitar Pulau Carey turut menerima sumbangan wang zakat daripada Koperasi LLM Berhad.
Program ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Kerja Raya, agensi Kerajaan Daerah Kuala Langat dan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya. Program seumpama ini secara tidak langsung membuka ruang kepada agensi kerajaan dan syarikat konsesi untuk menyalurkan sumbangan sosial kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk serta memberi peluang kepada masyarakat untuk berinteraksi dengan lebih dekat.