Perlaksanaan Latihan Tindakan Kecemasan (Mock drill) di KM 3.6 Arah Timur - 18/12/2019
Suasana di sekitar Mock Up Drill di SKVE KM 3.6 Arah Timur.
10.15 pagi - Senario kemalangan bermula apabila sebuah lori tangki Shell (milik KPD) telah berhenti secara mengejut di lorong kecemasan disebabkan oleh kegagalan fungsi brek. Seterusnya hal ini, menyebabkan lori tangki Shell (milik Fueller) yang berada di belakang tidak sempat menekan brek lalu melanggar lori KPD di bahagian tangki (compartment 7) lalu menyebabkan kebocoran minyak U97 berlaku di tempat kejadian. Pada masa yang sama, sebuah motorsikal yang melalui lorong kecemasan telah melanggar belakang lori tangki Fueller dan terjatuh.
Walaupun kejadian ini berlaku bukan seperti kejadian sebenar namun operasi pengurusan kecemasan akan dilaksanakan mengikut prosedur dan ketetapan sebagaimana situasi kemalangan sebenar. Sehubungan itu, Pelan Pengurusan Trafik dan penutupan lorong diaktifkan bermula di kilometer 5.05 arah Kajang untuk mengawal lalu lintas.
Latihan tamat pada jam 12.00 Tengahari