Program Semarak Merdeka 24 Ogos 2017
BANDAR SAUJANA PUTRA, negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-60 pada 31 Ogos 2017 ini. Satu situasi sihat dapat dilihat di mana, banyak pihak tidak kira Badan-Badan Kerajaan, NGO (Badan-Badan Bukan Kerajaan), Institusi Pendidikan, Organisasi malah orang perseorangan berlumba-lumba untuk menjayakan pelbagai program bagi memeriahkan lagi sambutan kemerdekaan ini. Justeru itu, pihak SKVE Holdings juga tidak mahu ketinggalan untuk turut serta menyemarakkan lagi semangat kemerdekaan dengan menjayakan satu program yang boleh dimanfaatkan bersama masyarakat iaitu "Program Semarak Merdeka". ‘Usaha ini dilihat sebagai langkah bagi menzahirkan kecintaan kepada tanah air dan mewujudkan suasana kemeriahan untuk menyambut hari kebangsaan pada tahun ini kepada masyarakat setempat dan juga organisasi-organisasi korporat yang berada di sekitar Bandar Saujana Putra.
Program ini mengandungi beberapa aktiviti iaitu Derma Darah yang dikendalikan oleh Pusat Darah Negara (PDN), Makan buah-buahan tempatan yang ditaja oleh MAEPS dan pameran oleh badan Korporat iaitu LBS Bina Group Berhad dan City-link Express. Kerjasama secara strategik ini bukan sahaja bertujuan untuk menjayakan program tanggungjawab sosial korporat dan menjalinkan hubungan yang lebih erat di antara organisasi tersebut. Program yang pertama kalinya diadakan di Hentian Sebelah, Plaza Tol SKVE Saujana Putra (Arah Timur) ini juga merupakan titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat di masa akan datang kerana pihak SKVE sedang merancang untuk mengadakan sebuah program yang lebih besar dan menarik pada tahun ini.